Pages

Saturday, February 1, 2014

Sejarah aku gune telefon bimbit (part2)

0 comments
Orait... Coretanku kali ni mengisahkan pasal sejarah aku gune fon. Yg ni part 2. Yg part 1 kome tgk entry aku yg beberapa tahun yang lepas tu. Hehe. Saje je nk share. Bak kate org 'sharing is caring' isn't it?



















Nsed yang KE 11. Nokia 1280

Memandangkan aku pon dah bekerja di sebuah kilang skarang ni, ni la nsed baru pertama aku beli gune titik peluh aku sndiri. Ye la, seperti entry sebelum ni, kebanyakan nsed aku adalah pemberian keluarga aku. Jadi inilah nsed pertama yang aku beli sendiri. Nsed ni adalah dari keluarga nokia torch light macam nsed aku yang pertama. Tapi nsed aku yg prtama tu adalah model terawal dalam nokia yang ade torch light. Jadi yg ni adalah model yang boleh dikatakan terbaru jugak la. Kebanyakan orang sekarang mesti ade memiliki nsed ni satu sebagai nsed kecemasan sekiranye nsed android deme kehabisan bateri. Ate, mane taknye, nsed ni skali cas penuh kalo xde kol xde mesej seminggu boleh tahan woo... Tak yah pening pikir nak cas tiap2 hari. Mase mula2 beli nsed ni memang teruja la. Beli gune titik peluh sendiri. Mase tu memang ngadap je nsed ni tiap2 hari walaupun nsed ni hanyalah nsed hitam putih yang tak banyak fungsi selain daripada kol, mesej dan lampu suluh. Lampu suluhnye kire terang jugak sekadar untuk menerangi tempat2 yg kecik seperti celah enjin kete atau moto kalo nk repair mase malam. Nsed ni dibeli pada 1 April 2012 dan Bernilai RM70 di TESCO seri iskandar. Nsed ni tak perlu risau sekiranye terjatuh dari poket kerana nsed ni tahan lasak juge le.



















Nsed yang KE 12. Nokia 101

Ni nsed aku yang ke DUEBELAS dan juga merupakan nsed kedua hasil titik peluh aku. Aku beli nsed ni sebab sebodoh-bodoh nsed ni die banyak fungsi. Mase aku gune Nokia 1280, kawan2 lain asyik layan ringtone yang best2. Dalam hati tu teringin juga nk gune ringtone lagu yang gempak2. Al maklum la, nokia 1280 kan polifonik. Jadi, aku telah membuat keputusan utk meronda di Green Town Mall Ipoh tengok2 kot2 ade nsed yang berkenan di hati. Sebelum aku beli Nokia 101 ni aku ade trdengar cerita yang nsed ni ade MP3 player. dasyat jugak ek. Jalan punye jalan, kedai berganti kedai, ade 1 kedai nsed kat GM jual nsed ni dengan harga yang berpatutan. Jadi aku pun try negolah. Nego2 dapat la aku beli nsed ni dengan harga RM 120 pada 29 Julai 2012. Mase nak beli tu aku tanye la abeh2 pasal fungsi nsed ni. Tapi mcam yang aku cakap mula2 tadi la. Sebodoh-bodoh nsed ni takde 3G bagai, die ade MP3 player, Sim kad buleh masuk 2 kad, ade spreadsheet(kira macam rekod belanjawan la) ade jugak lampu suluh nsed ni dan buleh gune ringtone lagu MP3. Speaker die pon kuat. Walaupun nsed ni ade lampu suluh tapi ianya tak la secerah nokia 1280 sebab die punye reflektor die kecik sikit daripada Nokia 1280. Jadi dalam mase yang same aku ade 2 la nsed yang ade selait(torchlight).  Nsed ni ade kembar die iaitu Nokia 100 tapi yang ni xde MP3 player dan hanya 1 simkad sahaja. Mase aku gune nsed ni aku gune 3 nsed, 101 ni, 1280 dan SE satio. SE satio(tengok entry part 1) tu memang legend la aku gune dah lame sejak dari tahun 2010 sampai skarang 2014. Nsed satio tu selain daripada kamera yg 12.1MP aku gune sebagai melayari internet kalo aku pergi travel jauh atau erti kata mudahnye bermusafir memandangkan die ade WaiFai(WiFi). Heheh, tiru trademark mamat Khalid pulak. Untuk makluman kome la, aku ade search kt internet Nokia 101 ni. Nsed ni adalah pembaharuan daripada nsed Nokia 1011 pada tahun 1992. Wauw! Tahun aku lahir tu. Mesti saiznya kalo penggal anjing terus tumpo. Kalo nak tengok mane rupenye klik link ni. http://malaysia.images.search.yahoo.com/images/view;_ylt=A2oKiaDHwutS9HwANpzlPwx.;_ylu=X3oDMTIzNDA2M3QyBHNlYwNzcgRzbGsDaW1nBG9pZAMwYzA1N2FjZTczZDIwMzZlMjY1NWU4ZTEwMDBhODg1MARncG9zAzIzBGl0A2Jpbmc-?back=http%3A%2F%2Fmalaysia.images.search.yahoo.com%2Fsearch%2Fimages%3Fp%3DNokia%2B1011%26n%3D60%26ei%3Dutf-8%26y%3DSearch%26fr%3Dsfp%26tab%3Dorganic%26ri%3D23&w=2592&h=1944&imgurl=www.vintagebrickphones.com%2Fbilderspeicher%2FNokia%2F1011%2FNokia1011-5070-4.jpg&rurl=http%3A%2F%2Fwww.ebay.co.uk%2Fitm%2FNOKIA-1011-NHE-2XN-Vintage-brick-phone-Knochen-Handy-selten-rar-Sammler-%2F230865481450&size=181.2KB&name=%3Cb%3ENOKIA+1011+%3C%2Fb%3E-+NHE-2XN+Vintage+brick+phone+Knochen+Handy+selten+rar+...&p=Nokia+1011&oid=0c057ace73d2036e2655e8e1000a8850&fr2=&fr=sfp&tt=%3Cb%3ENOKIA+1011+%3C%2Fb%3E-+NHE-2XN+Vintage+brick+phone+Knochen+Handy+selten+rar+...&b=0&ni=200&no=23&ts=&tab=organic&sigr=13farjf1c&sigb=13iefmpoe&sigi=12939gsce&.crumb=o6xDZgh093p&fr=sfp














Nsed yang KE 13 Lenovo A369i

Lenovo. Jenama ni memang sinonim dengan produk seperti komputer riba ataupun laptop. Tapi jenama ni la nsed android pilihan aku. Ceritanye macam ni. Pada mulenye aku tak terfikir pon nak beli nsed android. Keperluan nsed yang aku perlu hanyalah sekadar mempunyai fungsi WaiFai pun sudah dikira memadai utk kemudahan aku melayari internet untuk laman sosial atau macam2 lagi.Tapi zaman makin maju dan terus maju. Macam2 la laman sosial terbaru yang wujud mcam Wechat la, Whatsapp la Kakaotalk la LINE la dan kebanyakan laman sosial ni memang memerlukan kemudahan android utk digunakan. Tapi ape yang aku belajo daripada kawan aku laman sosial mcam ni tak perlu nsed android pun buleh gune asalkan download die punye aplikasi dah buleh gune. Tapi seperti yang sedia maklum la. SE satio aku ni bukanlah nsed android. Ianya hanya menggunakan aplikasi JAVA dan takde kemudahan muat turun macam google Playstore yang majoriti boleh dimuat turun secara percuma berbanding satio yang perlu melayari internet dan mencari 'link' yang buleh download aplikasi tu secara percume(tu pun kalau ade jumpe la tapi majoritinye berbayar dan kelajuan internet yang lembap). Dalam meniti arus kemodenan, kawan2 aku ramai yang bertanye 'kimi, ko xde wechat ke whatsapp ke? add la aku'. Aku hanye mengatakan takde bende tu smua. Bile dah ramai dok cakap aku pon rimas aku hanye cakap nanti sampai seru ade la. Seperti pe'el aku mase mule gune nsed pertama dulu (aku tetap mengatakan tidak) cume bezanya tidak tu pada kemudahan android ni. Aku memang berkeras mengatakan tidak untuk aku memiliki nsed android ni antara sebabnye nsed android ni kebanyakan yang spesifikasi yang tinggi memang mahal kalo spec rendah memang la murah tapi tak best nak gune sebab internet ataupun RAM dan internal Memori yang rendah menyebabkan mudah sangkut dan perlahan untuk loading. Aku tak suke nak melaburkan duit aku untuk bende yang mahal sedangkan bende yang secanggih tu aku boleh cari dengan harga yang jauh lebih murah dan sama tahap kecanggihannye dengan harga yang mahal. Detik bermula timbulnya minat aku dengan Lenovo ni mase 18 januari 2014. Mase tu aku ke mydin Meru dengan abang sulung aku nak pegi tebuk lubang bola Bowling. Mase tu nk tnggu kedai bowling bukak abg aku ajak minum dulu. Mase minum tu abang aku tunjuk la nsed die Lenovo baru beli. Aku pn tanye berape harge die beli dan maklumat lain lagi. Punye la aku terkejut die beli dengan harga RM 300 lebih(tak ingat berapa lebihnye mase tu dan model ape). pastu die ckap Lenovo ni bnyk gune sistem PC mcam fungsi nak refresh (sistem yang dekat desktop kome klik kanan tu). Lepas die cerita tu aku pun mula tertarik dan memikirkan perancangan kewangan untuk memiliki dalam tempoh yang terdekat. Lepas je dapat gaji bulan 1(gaji bulan 1 dpat awal sebab hari gaji jatuh hari ahad) aku terus cucuk duit utk ansuran moto+modal utk Lenovo tu. Kebetulan sabtu tu supervisa(penyelia) aku mntak tolong aku tunjukkan aku mane celcom center utk aktifkan nmbor fon die yg dh kene blok trus aku ajak die pegi GM ipoh(skarang dah tukar name kepada Angsana Mall). Aku pegi tinjau2 kedai last2 aku singgah kedai fon yang mak aku dan aku slalu beli. Pastu die tunjuk la satu2 fon lenovo dan aku bgtau la kt tokey aku nak yang budget bawah RM 400. Last2 die tunjuk kat aku Lenovo A369i ni. Spesifikasi die seakan-akan dan ade yang upgrade sikit daripada Samsung Galaxy Ace Plus. Mcam processor 369i ni Processor 1.3GHz  dual-core sedangkan Ace plus Qualcomm S1 MSM7227A 1 GHz Cortex A5 processor. Mengenai Operating System pulak Android 4.2Jelly bean dan Ace Plus Android 2.3.6 Gingerbread, v4.1.2 Jellybean Vaporware. Bateri 369i pn tinggi jugak kuase die 1500mAh ace plus 1300mAh. Mengenai RAM kedua2 model ni same iaitu 512MB. Internal storage pulak 369i mengatasi ace plus iaitu 4GB berbanding 3GB utk ace plus. Cume 369i kalah dengan kamera ace plus yang hanya 2.0megapixel tanpa flash berbanding ace plus 5.0megapixel dan mempunyai LED flash. Tapi bab kamera aku tak heran sangat sebab aku dah ade kamera DSLR Nikon D3100 14.2megapixel dan Lens Nikkor 50mm 1.8G yang sememangnye Ace plus tertinggal jauh sejauh 1 tahun kelajuan cahaya mengenai kecantikan gambar dan kekaburannye. Heheh... Walau macam mane pun 369i ni mempunyai kelebihan yang ace plus memang takde iaitu mempunya 2 sim kad slot 1 utk sim 3G dan slot 2 utk sim 2G dan yang pastinye 369i mempunyai fungsi refresh macam sistem komputer untuk menyegarkan program. Mengenai harga plak 369i yang aku beli ni jauh lebih murah daripada ace plus iaitu berharga RM360 pada 25 Januari 2014masihi bersamaan 23 rabiulawal 1435 hijrah. Ace plus yang kawan aku beli tahun lepas berharga RM680. Dari situ kite bleh berjimat dan dapat beli dengan harga yang jauh lebih murah dan tak membazir serta mempunyai spesifikasi yang jauh lebih canggih. 680-360=320 dah jimat. Pehhhh... RM 320 macam2 buleh beli. Walaupun 369i nsed android termurah dengan spek yang tinggi tapi masih tetap nsed yang paling mahal yang aku pernah beli. Hehehe.Tapi walaumcammanepun aku rase berbaloi memiliki 369i ni dan kini aku telah mendaftar laman sosial yang aku nyatakan kat atas dan kebanyakan kawan2 aku terkejut aku dah ade akaun2 laman sosial tu skarang. Hidup mesti kene ade perubahan kan? Hehe... Kalo ade yang nak add buleh la add melalui nmbor fon aku 0134871148 atau melalui ID wechat: AkuAbangToyota92. ID LINE: masedepanyangmerah. IDkakaotalk: futuremerahitam.

p/s: Semoga berbahagia bersama android anda. :-)



Followers