Pages

Monday, August 15, 2011

Do It Yourself rim biasa tubeless

5 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry kali ni aku nak berkongsi ilmu sikit. Ape salahnye berkongsi ye dak? Ilmu yang nak aku kongsi ni berkaitan kemahiran membuat sendiri untuk motor kapcai. Kalo yang superbike tu maap le, x pernah aku usik atau baikinye pon. Selalu tak kome mengalami situasi tiub pecah mase gune rim biasa guna jejari lidi? Mesti selalu kan? Aku pon kadang sebulan mau 2,3 kali pecahnye. Naik rimas aku. Aku ade sport rim. Kadang tu ade jugak tukar. Kejap gune sport rim kejap gune rim. Tapi yang ini aku nk khususkan kepada yang peminat tegar gune rim biasa atau rim aloi mcam aku.



Ni la Rim aloi jejari lidi yang aku dah buat tubeless

Ilmu yang aku nak kongsikan ialah membuat rim biasa ni jadi tubeless atau cakap melayunya Tanpa tiub. Menurut ujikaji aku selama seminggu ni alhamdulillah ianya menunjukkan kesan positif yang mana menunjukkan tiada sebarang tanda kebocoran pada setiap lidi jejari tu. Kiranya rim ni dah mcam sport rim la bleh pasang tayar tubeless dan tak guna tiub pun. Memang dah ramai aku dengar yang dah buat rim biasa ni jadi tubeless tapi pada mulanya aku tak tau macam mane nak buat. Ape bahan yang digunakan untuk buat rim biasa tubeless ni.



Bahan pertama, Gam getah

Bahan pertama ialah gam getah. Gam ni biasa digunakan untuk melekatkan cermin kereta dan ianya memang lambat kering. Aku hari tu nak tunggunye sehari suntuk baru kering betol2. Gam ni mase tengah basah memang macam gam kanji je lembik2. Tapi bila dah keras die jadi kenyal macam getah. Ade setengah orang panggil gam ni gam besi. Mane2 la, ikut kome punye istilah la. Tapi salah satu bahan yang membuatkan experimen aku ni menjadi gam ni la yang aku gunakan. Sesetengah pomen ade mengatakan boleh guna gam gasket kereta, gam gasket moto dan gam lain yang kuat dan kedap udara. Maksud kedap udara yang dimaksudkan udara memang tak boleh kluar walau sedikit pun. Kalo tak memang tak menjadi kalo nk buat rim biasa tubeless ni. Gam ni kome boleh dapatkan di kedai hardware yang berhampiran atau sesetengah pasaraya besar seperti TESCO, Giant dan sebagainya. Pastikan setiap lubang skru jejari tu dipadatkan dengan gam. Bile selapis dah kering (kene tunggu sehari la) tambah lagi selapis biar jadi sekurang kurangnye dua lapis. Mase aku buat hari tu memang kene dua lapis. Kalo tak die bocor balek kalo selapis je. Seeloknye kene lebih daripada selapis gam dan kene tunggu die kering betol2 gam tu kalo nak tambah lagi selapis demi selapis.


Bahan kedua, Nat 'tubeless'

Bahan kedua adalah nat tubeless. Nampak anak panah tu kan? Anak panah tu menunjukkan nat tubeless, washer dah pelapik getah. Untuk rim biase ni aku syorkan guna nat yang macam ni sebab washer die bleh lentur ikut bentuk rim aloi tu. Kalo gune nat untuk sport rim macam gambar yang gune sport rim tu dikhuatiri tidak dapat memerangkap udara sepenuhnya kerana permukaannye yang rata dan hanya sesuai untuk sport rim sahaja. Sport rim kan permukaan nat die rata je x melengkung macam rim aloi. Jadi, guna lah nat yang macam rim aloi tu tau.



Bahan Ketiga, Tayar 'tubeless'

Bile nak buat tubeless ni tayar pun kene la gune tayar yang tubeless. Memang kene guna tubeless punya tayar kalo nak senang keje. Tayar tubeless ni macam2 bentuk ade. Ade yang macam DUnlop TT100, ade TT900, ade DURO dan pelbagai lagi. Tayar tubeless ni die '4 ply' dan tujuannye mudah untuk memerangkapkan udara dan dindingnye keras dan tebal berbanding tayar biasa yang hanya '2 ply' kalo tak salah.





Bahan keempat, tayar tubeless pilihan hati

Yang keempat, tayar tubeless pilihan hati anda. Untuk pilihan aku, aku gunakan tayar DURO saiz 80/90 17 inci. Tayar ni kalo kome nk pasang sendiri memang senang dan mudah sbab die antara tayar tubeless yang getahnye lembut berbanding tayar DUNLOP TT900 yang getahnye keras sangat dan susah utk pemasangan manual tanpa mesin pemasang tayar. Kalo kome nak pasang sndiri pastikan dinding dalam sudah diletakkan minyak untuk tayar tu mengembang dengan seimbang tanpe herot benyot bak kata orang. Kalo macam aku, aku pam sendiri je gune pam kat petronas. Mase nak isi angin dalam rim biase tubeless ni, pastikan kunci nat tu bukak dulu untuk memudahkan udara masuk dengan cepat. Cara ni memang digunakan kat kedai tayar kereta pun. Bile udara dah masuk dan terperangkap dalam tayar, kunci balik nat tu dan pam balik sehingga tekanan udara yang sesuai.

Sekian sahaja perkongsian ilmu untuk kali ini. Selamat mencuba aku ucapkan. Cubalah, pasti puas hati dengan hasil kerja tangan sendiri. :-)

Followers